Monday, June 10, 2013

sebuah peringatan tentang api neraka

Posted by farah dya at 6:54 AM
70 tahun perjalanan ke bawah

Daripada setiap 1000 manusia yang meniti Sirat di Hari Kiamat hanya 1 sahaja yang akan terus berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh ke bawah dari sirat dan akan tiba di dasar neraka setelah 70 tahun.

Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, maksudnya: 
Kami bersama-sama Rasulullah Saw, maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat. Beliau bersabda: “Tahukah kamu sekalian suara apakah ini.Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”.Beliau bersabda: “Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka? (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Nereka itu umpama lubang perigi yang panas, ada 70 gunung berapi dan asapnya pula hitam. 

40 tahun perjalanan lebarnya. 

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda," pembatas neraka itu terdiri dari empat dinding yang tebal. Setiap dinding jaraknya sejauh empat puluh tahun perjalanan" (Riwayat Tirmidzi)

Neraka itu juga makhluk Allah

Neraka hidup dan diceritakan dalam hadith dan al-quran.. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Di bawa Neraka jahanam pada hari itu dengan tujuh puluh ribu tali penarik, pada tiap-tiap satu tali penarik ada tujuh puluh ribu Malaikat menariknya.(Bukhari)

Kepanasan neraka

Neraka mempunyai 7 pintu yang ditutup rapat supaya suhu panasnya kekal pada tahap yang maksimum. Api neraka itu 69 kali kepanasan api di dunia. Para sahabat pernah mengatakan bahawa cukuplah kalau api neraka itu sepanas api dunia. Jawab Rasulullah “Kalau api neraka itu sepanas api dunia, ahli neraka masih boleh tidur di dalamnya“..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:“Kepanasan api yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.” Sahabat-sahabat Baginda berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. ”Baginda s.a.w., bersabda: “Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. “ 

Neraka sendiri tidak tahan dengan kepanasnya, ia meminta izin dari Allah untuk menghembuskan nafasnya ke dunia, lalu diizinkan. Satu nafas neraka yang dihembuskan cukup untuk kegunaan dunia selama satu tahun.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Neraka mengadu kepada Tuhannya. Kata neraka: Ya Tuhanku, sebahagianku memakan sebahagian yang lain. Allah lalu mengizinkan neraka untuk menghembuskan dua nafas, nafas pada musim dingin dan nafas pada musim panas. Nafas yang kedua adalah hawa paling panas yang biasa yang engkau rasakan. Nafas yang pertama adalah hawa paling dingin yang engkau rasakan. 

Matahari itu sangat juga panas kerana cahayanya berasal dari api neraka. 
Rasulullah s.a.w. bersabda “Telah diwakilkan kepada sembilan malaikat khas untuk melontar salji tiap-tiap hari kepada matahari. Kalau tidak dibuat demikian, terbakarlah alam ini”. (Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

0 comments:

Post a Comment

 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting