Monday, June 10, 2013

nikmat solat tengah malam (tahajjud)

Posted by farah dya at 6:49 AM
Firman Allah Taala: “Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:  “sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim) 


Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hanya dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud. 

Antara kelebihan dan fadhilatnya ialah:

1. Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji. 
2. Mendapat keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ ala.
3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala.
4. Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
5. Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mencegah daripada melakukan dosa dan kejahatan.
6. Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
7. Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.
8. Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
9. Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
10. Diringankan hisabnya.
11. Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
12. Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak

0 comments:

Post a Comment

 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting