Sunday, January 3, 2016

LIRIK LAGU JANAM JANAM IN MALAY

Posted by farah dya at 11:00 PM 2 comments

Janam janam janam saath chalna yunhi
(Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran)

Kasam tumhe kasam aake milna yunhi
(Sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini)

Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
(Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu)

Meri hoke hamesha hi rehna
(setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya)

Kabhi na kehna alvida
(Jangan pernah ucapkan selamat tinggal)

Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho
(kaulah pagiku dan kaulah senjaku)

Tum dard ho tumhi aaram ho
(Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku)

Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaa
(hanya inilah suara yang bergema dari doa- doaku)

Meri hoke hamesha hi rehna
(setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya)

Kabhi na kehna alvida
(Jangan pernah ucapkan selamat tinggal)

Teri Baahon Mein Hain Mere Dono Jahaan
(dalam pelukanmu terletak dua duniaku)

Tu Rahe Jidhar Meri Jannat Wahin
(di mana kau berada, di sanalah surgaku)

Jal Rahi Aggan Hai Jo Yeh Do Tarfa
(api asmara yang membara di kedua sisi)

Na Bujhe Kabhi Meri Mannat Yahin
(tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini)

Tu Meri Aarzoo, Main Teri Aashiqui
(kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu)

Tu Meri Shaayari, Main Teri Mausiqui
(kau adalah syairku, aku adalah musikmu)

Talab Talab Talab Bas Teri Hai Mujhe
(aku hanya menginginkan dirimu seorang)

Main Som Tu Nasha, Banke Ghulna Yunhi
(aku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini)

Meri Mohabbat Ka Karna Tu Haq Yeh Adaa
(kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku)

Meri Hoke Hamesha Hi Rehna
(setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya)

Kabhi Na Kehna Alvida
(jangan pernah ucapkan selamat tinggal)

Alvida..
(selamat tinggal)

Friday, May 1, 2015

Mudahnya Menjemput REZEKI

Posted by farah dya at 8:28 PM 3 comments

Assalamualaikum .....
Tazkirah  hri ini

Assalamualaikum w.b.t                                          A very good sharing by a friend 👇

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana  pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Cth, bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.....................                                          Semoga ada manfaat buat kita...

Saturday, April 25, 2015

Menang tapi kalah

Posted by farah dya at 12:09 AM 2 comments

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..
Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita..

Thursday, April 16, 2015

Tolong hargai insan seperti ini

Posted by farah dya at 10:32 AM 2 comments
Kita benci , Dia sayang .
Kita marah , Dia sabar .
Kita kata macam-macam , Dia bertahan .
Kita degil , Dia sedaya upaya nasihat .
Kita cuba pergi , Dia menahan dengan air mata .

Dia masih sayang .
Dia tetap bersabar .
Dia masih menanti dengan sabar .

Insan seperti ini , Harus kau genggam .
Harus kau peluk erat , Jangan abaikan .
Jangan tinggalkan , Hargailah kehadirannya .

Bukan mudah untuk insan menyayangi kita ,
Bukan mudah insan menitiskan air mata sebab kita ,
Bukan mudah insan berkorban kerana kita ,
Bukan mudah .

Monday, April 13, 2015

Zaujku Amirul Azuan

Posted by farah dya at 10:38 AM 2 comments


17.5.2014 first time papa chat mama kat facebook , tapi mama x layan... Hehe , msti papa cakap mama sombong kan ? Tapi papa x putus asa... Papa hantar lagi chat kat mama 9.10.2014 , mama reply chat papa , mesti papa epy kan masa tu ? Lalala...Masa tu kita berkenalan , bermula dengan kawan dan semakin rapat...

Papa , mama epy sangat masa tu... Kita selalu chat , x kira tempat dan waktu... Cara papa layan mama , dengan sikap papa yang memahami mama... Mama rasa macam kita da lama kenal pa... Mama tak tahu masa mana berputiknya rasa sayang dan cinta kat papa , yang mama tahu , mama rindu setiap mesej dari papa...

Terima kasih untuk segalanya sayang... Terima kasih untuk kasih sayang yang papa berikan , terima kasih untuk perhatian yang papa berikan , terima kasih sebab sanggup layan karenah mama yang ntah pape ni , terima kasih untuk keikhlasan papa menyanyangi mama , terima kasih sebab selalu mengalah dengan mama even mama yang mulakan dulu , terima kasih sebab setia dengan mama , terima kasih sebab tidak pernah bosan nasihatkan mama , terima kasih papa... Papa lar penawar rindu luka mama...

Andai saja papa tahu , betapa sayangnye mama kat papa... Betapa besarnye cinta mama untuk papa... Betapa rindunye mama kat papa , walaupun kita selalu wasap , on call , webcam... Boleh dikatakan setiap detik kita berhubung , dan setiap detik itu juga mama tak pernah bosan dengan papa...  Papa hadiah yang cukup istimewa bagi mama... Persembahan bagi mama sampai ke pintu syurga...

Papa , tak pernah mama kesali kenal dengan papa... Akan mama bina satu harapan untuk miliki cinta indah dengan papa dan itulah impian mama... Mama akan menyerah jalani semua , agar papa percaya berharganya cinta mama...

Mama bersyukur sangat2 sebab Allah kurniakan papa untuk mama... Tak dapat mama ucapkan betapa bahagianya mama bila bersama papa... Tak putus doa mama untuk terus bersama papa... Yee , kita hanya mampu merancang , Allah yang menentukan segalanya... Tapi kita boleh buat jadi kenyataan dengan doa... In syaa Allah , semoga kita bersatu sampai syurga aminn Ya Robb :)

penipuan tentang barangan yang di beri secara percuma (laman sosial)

Posted by farah dya at 10:03 AM 2 comments
Assalamualaikum.... lama da saya menyepi , hehe.. sekarang saya nak kongsi pasal penipuan yang berleluasa sekarang ni haa... ni saya sendiri yang terkena... 2 minggu lepas , ad laaa mat saleh ni hantar chat at saya kat facebook... dia cakap dia kerja at kilang kereta mewah , pastu kilang tu ada bagi hadiah percuma setiap tahun... dia pom bagi laa gambar hadiah tuu at saya , banyak jugak dalam belas2 jenis hadiah.. yang saya ingat iphone , beg gucci , kasut , baju n banyak lagi barang yang berjenama...

Dia tanya saya suka tak hadiah tu... gila tak suka , da laa nak bagi free.. dia cakap if saya suka , dia suh kasi dia nama , alamat n nombor fon... da orang nak bagi hadiah kan ,kita pom apa lagi ?? terus bagi tanpa fikir... tapi , saya tak laa bodoh sangat , hehehe... pasal apa ?? pasal saya bagi alamat palsu kat dia... punya laaa banyak kali dia tanya betul ke tak nama  , alamat n nombor tu... takutnye saya tipu dia... lepas bagi dia cakap dalam masa seminggu hadiah tu sampai , dia ciap bagi num tracking lagi..

Lepas tu baru laa saya rasa tak sedap hati.. try tanya along pasal ni... along suh try cari lam google.... sebab banyak kes tipu... saya pom apa lagi , cari laaa... rupanya betul , den terkono haaa... kono kencing lak dahhh... ramai yang kena tipu... ada yang siap bankin lagi duit kat dye orang... pasal dia orang bagi alasan , barang sangkut kat kastam sebab terlebih berat , so kalau kita nak barang tu.. kena bankin duit at dye orang.. pailang betul mat saleh nim...

So sapa2 yang ada frenz dengan mat saleh , tolng alert ye kalau dia orang cakap nak bagi hadiah free ni... jangan percaya.. tipu sume tuu ,dia orang juz nak kebas duit kita jekk... cerita ni x abis kat sini jekk , den bengang dengan mat saleh ni... so mai laaa akalan nak kenakan mat saleh ni . saya hantar chat at dia tanya pasal barang tuu.. saya cakap laaa , barang tuu nanti da sampai terus saya akan suruh mak saya ambik , sebab mak kije kastam haaa , ayah lak kije polis.. terus mat saleh tu menghilangkan diri... hahahahahahaha , ambik ko , kan mendapat.. puas hati den :)

Tuesday, September 23, 2014

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Posted by farah dya at 10:38 PM 1 comments

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

pernah tak kita terfikir ? ? ?

Posted by farah dya at 10:15 PM 1 comments
Assalamualaikum . . . . pernah tak kita terfikir kenapa kita selalu berusaha menunaikan janji kita dengan orang lain . Sedangkan dengan Pencipta kita sendiri kita tidak tunaikan janji . Sedangkan macam-macam janji kita taburkan untuk hidup di dunia ini . kita janji nak ikut perintahNYA , kita janji nak jauhi laranganNYA , kita janji nak bersujud padaNYA . Tapi . . . adakah kita tunaikan janji-janji yang telah kita buat ?

Pernah tak kita terfikir , kita mintak itu ini dengan Pencipta kita , tapi apa yang DIA larang kita buat . Apa yang DIA suruh buat kita tak buat . Walau jahat mana kita sekalipun , walau marah macam mana sekalipun DIA dengan kita , dia tetap tunaikan apa yang kita hajati . Allahuakbar , sungguh terasa diri ini tidak adil denganNYA .

Betul kita hanya insan biasa yang tidak lari dari buat kesilapan , tapi sampai bila kita nak terus guna perkataan itu ? sedangkan kita di beri peluang untuk mempertingkatkan amalan kita , mengubah sikap kita , memperbetulkan kesilapan kita dan bertaubat atas kesilapan lalu . sementara kita masih di beri waktu untuk bernafas di bumi ini . Gunakanlah dengan sebaik-baiknya . jangan hanya menjadikan kelemahan kita sebagai alasan untuk kita tidak berusaha menjadi yang terbaik.


Saturday, October 5, 2013

TIADA LAGI ALASAN

Posted by farah dya at 11:00 AM 2 comments
pada hari akhirat nanti , tiada lagi alasan yang dapat diberikan kerana kegagalan beribadat kepada Allah .
pada hari berkenaan , dikatakan empat golongan manusia yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak beribadat kepada Allah ketika di dunia . namun ketika itu , alasan mereka sudah tidak diterima lagi . Ahli sufi al-faqih Abu laits berkata , keempat-empat golongan berkenaan ialah orang kaya , orang melarat , hamba abdi dan orang sakit .

1 ~ golongan kaya mengemukakan alasan : "sesungguhnya aku adalah orang kaya . aku terlalu sibuk menguruskan hartaku sehingga tidak sempat untuk mengabdikan diri kepada-Mu" . maka Allah berfirman : "sesungguhnya nabi sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka terhadap Tuhannya . jadi alasanmu tidak diterima" .

2 ~ golongan kedua , iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadat kepada Allah . Allah berfirman : "benarkah kamu lebih melarat dari Nabi Isa ? kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepada Tuhan" .

3 ~ golongan ketiga , iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang di arahkan majikannya . "Tuhanku saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalangku mengabdikan diri kepada Tuhan" . bagaimanapun Allah membandingkannya dengan Nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba .

4 ~ golongan keempat ialah orang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakit menghalangnya mengabdikan diri kepada Tuhan . lalu Allah berfirman yang bermaksud : "benarkah sakitmu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub . walaupun sakit teruk , Ayub tetap beribadat kepada Tuhannya" .

justeru , pada hari kiamat kelak , tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat dan tidak mengabdikan diri kepada Allah . dalam apa jua keadaan sekali pun , tanggungjawab kepada Allah tetap suatu kewajipan yang mesti dilangsaikan .

sekadar renungan

Posted by farah dya at 10:27 AM 0 comments
Kehidupan ini adalah seperti
kertas, dilipat, simpan, koyak dan
kemudian dibuang. Dunia
semuanya seperti kertas.Ramai
yang bersedih, bangga, malu dan
gembira kerana KERTASNYA.
Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja
Kerana kertas, manusia dihina,
Kerana kertas manusia terpisah,
Kerana kertas manusia berkuasa,
Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Surat Penghargaan - Kertas
Surat Teguran - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Surat Amaran - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Saman Integriti - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
Soalan pelajar - Kertas

Hanya satu kertas yang DIMILIKI
seseorang tetapi dia TIDAK
DAPAT MELIHATNYA sendiri, SIJIL
MATI nya. Kerana itu seriuslah
BERAMAL sebelum sijil MATI itu
dikeluarkan. Juga pastikan semua
kandungan kertas-kertas yang
tersebut di atas membawa erti
dan makna bahagia hakiki
melepasi dunia ini..

Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:

Posted by farah dya at 10:23 AM 1 comments
* Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

* Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

* Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

* Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

* Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

* Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

* Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Posted by farah dya at 10:16 AM 1 comments
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.

Saturday, September 14, 2013

jiwang english

Posted by farah dya at 9:39 AM 1 comments
1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.

Monday, June 17, 2013

nasihat kubur ♥‿♥

Posted by farah dya at 1:07 AM 1 comments
1) Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.

2) Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURRAHIM.

3) Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak bacaan AL-QUR'AN.

4) Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

5) Aku yang akan menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT FARDHU.

6) Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7) Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

cinta vs suka (◕‿◕)

Posted by farah dya at 1:05 AM 1 comments
1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalaminya dalam hidup mereka.

tanda lelaki benar~benar jatuh cinta ♥♥♥ ツ

Posted by farah dya at 1:01 AM 1 comments
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

Saturday, June 15, 2013

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

Posted by farah dya at 8:51 AM 0 comments
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

jangan menyakiti hati sesama muslim

Posted by farah dya at 8:51 AM 1 comments
Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan.
  2. Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam.
  3. Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.

KUBUR SERU MANUSIA 5 KALI SEHARI

Posted by farah dya at 8:28 AM 1 comments
*Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran

*Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam

*Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debi,bawalah amalan soleh menjadi hamparan

*Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan bismillah sebagai penawar

*Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakanlah membaca "lailahaillAllah,MuhammadurRasulullah" supaya kamu dapat menjawab segala pertanyaannya.

Rasulullah sallahualaihi wassalam bersabda:
"apabila seseorang hamba Allah berdusta,maka malaikat akan menjauhkan diri sebatu daripadanya kerana mengelakkan dari kebusukan yang dibawanya"
Al-tardmizi.

Friday, June 14, 2013

ayat jiwang yang boleh buat 'caer'

Posted by farah dya at 8:12 AM 1 comments
1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.
 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting