Monday, June 10, 2013

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T

Posted by farah dya at 6:12 AM 0 comments
Mu’adz r.a. suatu ketika pernah menangis tersedu-sedu. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Kerana Allah ‘azza wa jalla hanya mencabut dua jenis nyawa. Yang satu akan masuk syurga dan satunya akan masuk ke dalam neraka. Sedangkan aku tidak tahu akan termasuk golongan manakah aku di antara kedua golongan itu?”.

al-Hasan al-Bashri rahimahullah pun pernah menangis, dan ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Aku kuatir esok Allah akan melemparkan diriku ke dalam neraka dan tidak memperdulikanku lagi.”

Abu Musa al-Asya’ri r.a. suatu ketika memberikan khutbah di Bashrah, dan di dalam khutbahnya dia bercerita tentang neraka. Maka beliau pun menangis sehingga air matanya membasahi mimbar! Dan pada hari itu orang-orang yang mendengar pun menangis dengan tangisan yang amat dalam.

Abu Hurairah r.a. menangis pada saat sakitnya [menjelang ajal]. Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?!”. Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia yang akan ku tinggalkan ini. Namun, aku menangis karena jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, sementara boleh jadi nanti aku harus mendaki jalan ke syurga atau neraka, dan aku tidak tahu akan ke manakah digiring diriku nanti?”.

Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah hairan dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan sebuah dosaku, maka aku pun menangis.”

Rasulullah S.A.W. juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).

ALLAH S.W.T SENTIASA MENGAWASI KITA

Posted by farah dya at 6:11 AM 0 comments
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud), ”Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (QS. An Nisaa’ [4] : 1)

Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia selalu melihatmu.” (HR. Muslim)

Abu Sulaiman rahimahullah mengatakan, ”Sesungguhnya orang yang benar-benar rugi itu adalah orang yang menampak-nampakkan amal kebaikannya di hadapan orang ramai sementara dia justru berterus terang berbuat kejelekan tatkala menyendiri dengan Dzat Yang lebih dekat dengan dirinya daripada urat nadinya sendiri.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 213)

Pada suatu saat tersebar berita kepada Abu Bakar r.a. tentang pujian orang ramai terhadap dirinya. Maka beliau pun berdoa kepada Allah, ”Ya Allah. Engkau lah yang lebih mengetahui diriku daripada aku sendiri. Dan aku lebih mengetahui diriku daripada mereka. Oleh sebab itu ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka katakan. Dan janganlah Kau siksa aku karena akibat ucapan mereka. Dan ampunilah aku dengan kasih sayang-Mu atas segala sesuatu yang tidak mereka ketahui.” (Kitab az-Zuhd Nu’aim bin Hamad, dinukil dari Ma’alim, hal. 119)

Yahya bin Mu’adz rahimahullah mengatakan, ”Bukanlah orang yang jujur seorang yang mengaku mencintai Allah akan tetapi tidak menjaga aturan dan larangan-larangan-Nya.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 95).

Imam asy-Syafi’i rahimahullah mengatakan, ”Ada tiga perkara yang sulit dilakukan : bersikap dermawan dalam keadaan miskin, bersikap wara’ (berhati-hati dan menjauhi keharaman) ketika bersendirian, dan berterus terang dengan kebenaran di hadapan orang yang menjadi tumpuan harapan dan rasa takut.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 211).

al-Junaid rahimahullah pernah ditanya : apakah yang boleh membantu seseorang agar boleh membantu dirinya untuk senantiasa menundukkan pandangan? Maka beliau menjawab, ”iaitu dengan pengetahuanmu bahawa penglihatan Allah kepada dirimu lebih mendahului daripada pandanganmu kepada sesuatu yang kau lihat.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 212).

Abud Darda’ r.a. mengatakan, ”Hendaknya kamu merasa takut dilaknat oleh hati orang-orang yang beriman dalam keadaan dia tidak sedar. Dia melakukan kemaksiatan kepada Allah tatkala sendirian kemudian Allah pun menanamkan rasa benci kepadanya di dalam hati orang-orang yang beriman.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 213).

MENGENAL ALLAH S.W.T. SEBELUM KITA MENINGGAL DUNIA

Posted by farah dya at 6:11 AM 0 comments
Para ulama mengatakan, ”Orang-orang yang malang diantara penduduk dunia itu, mereka telah keluar darinya (mati) dalam keadaan belum sempat merasakan sesuatu yang paling nikmat di dalamnya.” Maka ditanyakan kepadanya, ”Apakah itu?’ Dia menjawab, ”Iaitu mengenal Allah ‘azza wa jalla.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 246)

Ma’rifatullah (mengenal Allah) adalah prinsip terpenting bagi setiap insan. Kerana tujuan hidupnya tidak akan tercapai apabila dia tidak mengenal Allah dengan sebenarnya. 

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud), “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (QS. Adz Dzariyaat [51] : 56).

Bagaimana mungkin seseorang boleh menyembah Allah S.W.T. dengan baik jika dia tidak mengenal Allah S.W.T. dan tidak tahu apa kewajiban yang harus dia tunaikan kepada-Nya?


Syaikh Abdullah bin Shalih Al Fauzan hafizhahullah mengatakan, “Sesungguhnya mengenal Allah ta’ala adalah asas agama. Dan seorang insan tidak akan mampu mencapai hakikat ajaran agamanya kecuali setelah mengilmui tentang Allah ta’ala…” (Hushul al-Ma’mul, hal. 14)

Hakikat ma’rifatullah

Diriwayatkan bahawa Ahmad bin ‘Ashim Al Anthaki mengatakan, ”Saya tidak ingin mati sebelum mengenal Tuhanku. Dan bukanlah mengenal-Nya adalah sekadar dengan meyakini keberadaan-Nya, akan tetapi pengenalan yang sesungguhnya adalah ketika kamu mengenal-Nya maka kamupun merasa malu kepada-Nya.” (Jami’ al-‘Ulum, hal. 246)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan ma’rifatullah ialah, “Mengenal Allah ‘azza wa jalla dengan hati. Yang dengan pengenalan itu hamba menerima semua yang disyari’atkan oleh-Nya, sehingga ia tunduk dan patuh kepada-Nya. Dengannya dia berhukum dengan menerapkan syari’at-Nya yang telah dibawa oleh utusan-Nya yaitu Muhammad S.A.W..” (Syarh Tsalatsat al-Ushul, hal. 19)

Dua peringkat ma’rifatullah

Ibnul Qayyim rahimahullah [al-Fawa’id, hal. 163] menerangkan,
Mengenal Allah subhanahu wa ta’ala ada dua peringkat :

Pertama, ma’rifah (pengenalan) yang berupa pengakuan (tentang Allah). Maka ini adalah sesuatu yang dikerjakan oleh semua orang, yang baik maupun yang kurang baik, orang yang taat maupun orang yang suka bermaksiat.

Kedua, ma’rifah yang melahirkan perasaan malu terhadap-Nya, kecintaan kerana-Nya, ketergantungan hati kepada-Nya, kerinduan hati untuk bersua dengan-Nya, perasaan takut kepada-Nya, keinginan kuat untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya, ketenangan dan ketenteraman bersama-Nya, meninggalkan (ketergantungan hati kepada) makhluk dan bergegas menuju kepada-Nya.

DETIK-DETIK HARI KEHANCURAN (QIAMAT)

Posted by farah dya at 6:10 AM 0 comments
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah takwir ayat 1 - 14 (yang bermaksud):
``Apabila matahari digulung"
``Dan apabila bintang-bintang berjatuhan"
``Dan apabila gunung-gunung dihancurkan"
``Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan)"
``Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan"
``Dan apabila lautan dijadikan meluap"
``Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh)"
``Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya"
``Kerana dosa apakah dia dibunuh"
``Dan apabila catatan-catatan amal (amalan perbuatan manusia) dibuka"
``Dan apabila langit dilenyapkan"
``Dan apabila neraka jahim dinyalakan"
``Dan apabila syurga didekatkan".
``Setiap diri akan tahu apa yang telah dikerjakannya"..

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Infitar ayat 1 - 5 (yang bermaksud):

``Apabila langit terbelah"
``Dan apabila bintang-bintang gugur berterabur"
``Dan apabila lautan pecah bercampur-baur"
``Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan"
``Mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang dikerjakannya dan ditinggalkannya".

MENCINTAI SAUDARA SEAGAMA KERANA ALLAH S.W.T.

Posted by farah dya at 6:09 AM 0 comments
Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah berfirman; ‘Di manakah orang-orang yang saling mencintai karena kemuliaan-Ku. Pada hari ini Aku akan memberikan naungan untuk mereka di bawah naungan-Ku, hari ketika tidak ada naungan selain naungan-ku.” (HR. Muslim no. 2566 dalam Kitab Al-Birr wa Shilah wal Adab, bab Fi fadhli hubbi fillah, lihat Sahih Muslim cet. Darul Kutub Ilmiyah, hal. 996).

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. menceritakan, “Ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di suatu daerah lain. Maka Allah mengirim malaikat untuk mengintai perjalanannya. Ketika lelaki itu bertemu dengan sosok penjelmaan malaikat tersebut, malaikat itu bertanya kepadanya, “Anda hendak kemana?”. Lelaki itu menjawab, “Saya ingin menemui seorang saudara –seagama- saya yang ada di daerah ini.” Malaikat itu bertanya, “Apakah anda mengharapkan tambahan nikmat (dunia) dengan menemuinya?”. Dia menjawab, “Tidak. Hanya saja saya ingin mengunjunginya karena saya mencintainya kerana Allah ‘azza wa jalla.” Malikat itu pun berkata, “Sesungguhnya aku dikirim oleh Allah untuk menemuimu dan memberitakan kepadamu bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu telah mencintainya karena diri-Nya.”(HR. Muslim no. 2567 dalam Kitab Al-Birr wa Shilah wal Adab).

Oleh sebab itulah memboikot (tidak bertegur sapa) saudara sesama muslim lebih dari tiga hari –tanpa haq- merupakan perbuatan yang dapat merusak kecintaan ini. 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Ayyub Al-Anshari r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur saudaranya lebih dari tiga malam. Ketika mereka berdua bertemu, yang satu berpaling dan yang satunya lagi juga berpaling. Yang terbaik di antara mereka berdua adalah yang memulai mengucapkan salam.” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab [6077] dan Muslim dalam kitab Al-Birr wa Shilah wal Adab [2560]). 

Dalam riwayat Muslim, Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhuma meriwayatkan Nabi S.A.W. bersabda, “Tidak halal bagi seorang yang beriman tidak bertegur saudaranya lebih dari tiga hari.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Birr wa Shilah wal Adab [2561]).

Demikian pula, buruk sangka dan mencari-cari kesalahan saudaranya merupakan perbuatan yang merusak ukhuwah islamiyah. 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jauhilah oleh kamu prasangka, sesungguhnya prasangka itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu saling mencari-cari aib dan saling memata-matai, jangan saling berlumba demi menjatuhkan, jangan saling dengki, jangan saling benci, dan jangan saling membelakangi. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah, sebagai orang-orang yang bersaudara.” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab [6066] dan Muslim dalam Kitab Al-Birr wa Shilah wal Adab [2563]).

MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SENDIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

Posted by farah dya at 6:09 AM 0 comments
Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, 

Beruntunglah orang yang bersikap adil di hadapan Rabbnya. Sehingga dia pun sanggup mengakui kebodohan dirinya sendiri tentang ilmu yang dia miliki. Betapa bodohnya dia tentang cacat-cacat yang ada di dalam amalnya. Betapa bodohnya dia tentang aib-aib yang ada pada dirinya sendiri. Dan betapa jelek kualiti pengabdiannya kepada Allah. Begitu zalim mu’amalahnya kepada Allah. 

Kalau pun Allah menghukumnya kerana dosa yang dia perbuat, maka dia memandangnya sebagai bentuk keadilan dari-Nya. Dan apabila dia tidak dihukum oleh-Nya maka baginya itu merupakan kurnia dari-Nya. Kalau dia boleh melakukan kebaikan maka dia pun memandang hal itu sebagai salah satu bentuk kurnia dan sedekah Allah kepada dirinya. Dan kalau kemudian Allah menerima amalnya maka itu adalah kenikmatan dan sedekah yang kedua. Kalaupun seandainya Allah menolak amalnya maka itu berarti amal (jelek) semacam itu memang tidak layak dipersembahkan kepada-Nya. 

Kalau dia melakukan keburukan maka dia memandangnya sebagai akibat dari terlepasnya pertolongan dan perhatian Allah kepadanya, dan juga kerana Allah tidak lagi menjaga dirinya, dan itu adalah tindak keadilan-Nya kepada dirinya. Maka dia boleh menyaksikan betapa perlunya dia kepada Rabbnya, dan betapa zalim ia kepada dirinya sendiri. Maka kalau Allah berkenan mengampuni dosanya, maka itu semata-mata terjadi kerana kebaikan, kedermawanan dan kemurahan dari-Nya

Inti dari persoalan ini adalah dia sentiasa memandang Rabbnya selalu berbuat kebaikan. Adapun dirinya dia pandang sebagai orang yang berbuat kejelekan, meremehkan, atau telah meninggalkan kewajiban. Sehingga dia dapat melihat bahawa segala hal yang menggembirakannya merupakan bahagian dari kurnia Rabbnya kepada dirinya dan kebaikan untuknya. Sedangkan segala sesuatu yang membuatnya susah adalah akibat dosanya sendiri dan bentuk keadilan yang Allah terapkan baginya…” (al-Fawa’id, hal. 36).

BEZA ANTARA SYARAT SAH SOLAT DAN RUKUN SOLAT

Posted by farah dya at 6:08 AM 0 comments
Definasi Syarat Solat: Perkara-perkara diluar solat yang membuat solat tidak sah tanpa perkara-perkara itu.

Dengan kata lain, syarat solat adalah persiapan yang dilakukan sebelum solat berkenaan dengan waktu, tempat dan kesucian.

Syarat-syarat solat (8 perkara):

1) Islam
2) Berakal sihat
3) Mumayyiz (mampu membezakan antara baik dan buruk)
4) Masuk waktu solat
5) Suci daripada hadas
6) Suci daripada najis
7) Menutup aurat
8) Menghadap kiblat

Definasi Rukun Solat: Rukun ialah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Apabila salah satu rukun ditinggalkan, solat itu tidak sah (batal).

Rukun Solat (13 perkara):

1) Berdiri tegak bagi yang mampu
2) Takbiratul Ihram
3) Membaca al-fatihah pada setiap rakaat
4) Rukuk
5) Iktidal
6) Sujud di atas tujuh anggota sujud
7) Duduk diantara dua sujud
8) Tamakninah dalam setiap rukun solat
9) Tasyahud akhir
10) Duduk tasyahud akhir
11) Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
12) Mengucap salam
13) Tertib
 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting