Monday, May 13, 2013

ehem3...jwang sket..hihi

Posted by farah dya at 3:35 AM 0 comments
saya tk bagus dalam ENGLISH .. tapi saya boleh bgtau yg , I LOVE YOU ..
saya tk bagus dalam GEOGRAFI .. tapi saya boleh tau awak tinggal dalam HATI saya ..
saya tk bagus dalam SEJARAH .. tapi saya INGAT FIRST TIME saya kenal awak..
saya tk bagus dalam KIMIA .. tapi saya boleh bgtau TINDAK BALAS saya bila awak senyum ..
saya TIDAK HEBAT dalam tiap2 subjek ..
tapi saya boleh bgtau awak yg saya hebat dalam semua SUBJEK ,
jika TOPIK nya ialah AWAK ! ♥




5 orang yang akan dilindungi ☁ oleh ALLAH dari cuaca yang panas ☀ di PADANG MASHAR:

Posted by farah dya at 3:34 AM 0 comments
💚 Orang yang sering solat.
💙 Orang yang sering mengaji Al-Quran.
💜 Orang yang sering bersedekah.
💛 Orang yang jauh dari melakukan maksiat.
💗 Orang yang menangis kerana dosa.

cara nak dapat pahala walaupun sudah mati

Posted by farah dya at 3:33 AM 0 comments
Info Islamik hari ni nak kongsi mengenai cara senang untuk kita dapat pahala secara berterusan walaupun kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.Moga bermanfaat.

1- Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu.Setiap kali orang guna,anda dapat pahala walau selepas mati.

2- Derma kerusi roda di hospital.Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala

3- Beri baju kepada orang.Setiap kali orang pakai,anda dapat pahala.

4- Beri makanan kepada orang.Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

5- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

8 pahala yang berterusan

Posted by farah dya at 3:33 AM 0 comments
Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :-

SESIAPA yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat

SESIAPA yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya

SESIAPA yang menulis mashaf (naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya

SESIAPA yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannnya

SESIAPA yang menanam tanaman tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia atau burung

MEREKA yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

IBU BAPA yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua dua orang tuanya

GURU AL-QURAN yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya
Pahala berterusan macam ni lah yang kita mesti kejar untuk kehidupan kita di akhirat kelak...

Wanita Nak Masuk Syurga? Sangat Mudah

Posted by farah dya at 3:22 AM 0 comments



Hari ni entri islamik khas untuk para wanita.Kalau lelaki nak ambil tahu pun bole jugak.Untuk menambahkan pengetahuan bersama.
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.  
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji. 
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan

Posted by farah dya at 3:18 AM 0 comments



Ketahui sikap wanita dengan melihat cara mereka berjalan.Anda golongan yang mana satu agaknya ye?


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam

11 Golongan Ahli Neraka

Posted by farah dya at 3:14 AM 0 comments








Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
“iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya,
“Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu 

baginda menjawab:
“Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga
. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka sukamenyakiti hati jirantetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang sukamelengah-lengahkan solatlima waktu.

 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yangenggan mengeluarkan zakat.

 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yangberdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalamjual beliataspenipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikanmaksiatatau perbuatan jahat.

 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yangberzinaserta mati sebelum bertaubat.

 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yangmemakan harta anak yatimsecara zalim.

 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting