Saturday, October 5, 2013

TIADA LAGI ALASAN

Posted by farah dya at 11:00 AM 2 comments
pada hari akhirat nanti , tiada lagi alasan yang dapat diberikan kerana kegagalan beribadat kepada Allah .
pada hari berkenaan , dikatakan empat golongan manusia yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak beribadat kepada Allah ketika di dunia . namun ketika itu , alasan mereka sudah tidak diterima lagi . Ahli sufi al-faqih Abu laits berkata , keempat-empat golongan berkenaan ialah orang kaya , orang melarat , hamba abdi dan orang sakit .

1 ~ golongan kaya mengemukakan alasan : "sesungguhnya aku adalah orang kaya . aku terlalu sibuk menguruskan hartaku sehingga tidak sempat untuk mengabdikan diri kepada-Mu" . maka Allah berfirman : "sesungguhnya nabi sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka terhadap Tuhannya . jadi alasanmu tidak diterima" .

2 ~ golongan kedua , iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadat kepada Allah . Allah berfirman : "benarkah kamu lebih melarat dari Nabi Isa ? kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepada Tuhan" .

3 ~ golongan ketiga , iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang di arahkan majikannya . "Tuhanku saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalangku mengabdikan diri kepada Tuhan" . bagaimanapun Allah membandingkannya dengan Nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba .

4 ~ golongan keempat ialah orang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakit menghalangnya mengabdikan diri kepada Tuhan . lalu Allah berfirman yang bermaksud : "benarkah sakitmu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub . walaupun sakit teruk , Ayub tetap beribadat kepada Tuhannya" .

justeru , pada hari kiamat kelak , tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadat dan tidak mengabdikan diri kepada Allah . dalam apa jua keadaan sekali pun , tanggungjawab kepada Allah tetap suatu kewajipan yang mesti dilangsaikan .

sekadar renungan

Posted by farah dya at 10:27 AM 0 comments
Kehidupan ini adalah seperti
kertas, dilipat, simpan, koyak dan
kemudian dibuang. Dunia
semuanya seperti kertas.Ramai
yang bersedih, bangga, malu dan
gembira kerana KERTASNYA.
Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja
Kerana kertas, manusia dihina,
Kerana kertas manusia terpisah,
Kerana kertas manusia berkuasa,
Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Surat Penghargaan - Kertas
Surat Teguran - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Surat Amaran - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Saman Integriti - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
Soalan pelajar - Kertas

Hanya satu kertas yang DIMILIKI
seseorang tetapi dia TIDAK
DAPAT MELIHATNYA sendiri, SIJIL
MATI nya. Kerana itu seriuslah
BERAMAL sebelum sijil MATI itu
dikeluarkan. Juga pastikan semua
kandungan kertas-kertas yang
tersebut di atas membawa erti
dan makna bahagia hakiki
melepasi dunia ini..

Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:

Posted by farah dya at 10:23 AM 1 comments
* Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

* Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

* Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

* Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

* Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

* Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

* Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Posted by farah dya at 10:16 AM 1 comments
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting