Monday, June 10, 2013

5 penawar hati

Posted by farah dya at 6:50 AM
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. 
Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.


Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. 


Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab hendak kencing, atau kerana anak menangis, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat. 


Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.


Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda ingin menjadikan hati tenang dari resah gelisah?
 5 perkara ini adalah penawarnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Bicara Tentang Perasaanku Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting