Sunday, January 3, 2016
LIRIK LAGU JANAM JANAM IN MALAY
Friday, May 1, 2015
Mudahnya Menjemput REZEKI
Assalamualaikum .....
Tazkirah hri ini
Assalamualaikum w.b.t A very good sharing by a friend 👇
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.
1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT
2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3.Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Cth, bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"
4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.
5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.
7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
8.Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..
9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki..................... Semoga ada manfaat buat kita...
Saturday, April 25, 2015
Menang tapi kalah
Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang
Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang.. cuma ego diri sendiri
yang susah.. mengalahkan ego diri sendiri..
Renungan bersama....
Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita..
Thursday, April 16, 2015
Tolong hargai insan seperti ini
Kita marah , Dia sabar .
Kita kata macam-macam , Dia bertahan .
Kita degil , Dia sedaya upaya nasihat .
Kita cuba pergi , Dia menahan dengan air mata .
Dia masih sayang .
Dia tetap bersabar .
Dia masih menanti dengan sabar .
Insan seperti ini , Harus kau genggam .
Harus kau peluk erat , Jangan abaikan .
Jangan tinggalkan , Hargailah kehadirannya .
Bukan mudah untuk insan menyayangi kita ,
Bukan mudah insan menitiskan air mata sebab kita ,
Bukan mudah insan berkorban kerana kita ,
Bukan mudah .
Monday, April 13, 2015
Zaujku Amirul Azuan
penipuan tentang barangan yang di beri secara percuma (laman sosial)
Dia tanya saya suka tak hadiah tu... gila tak suka , da laa nak bagi free.. dia cakap if saya suka , dia suh kasi dia nama , alamat n nombor fon... da orang nak bagi hadiah kan ,kita pom apa lagi ?? terus bagi tanpa fikir... tapi , saya tak laa bodoh sangat , hehehe... pasal apa ?? pasal saya bagi alamat palsu kat dia... punya laaa banyak kali dia tanya betul ke tak nama , alamat n nombor tu... takutnye saya tipu dia... lepas bagi dia cakap dalam masa seminggu hadiah tu sampai , dia ciap bagi num tracking lagi..
Lepas tu baru laa saya rasa tak sedap hati.. try tanya along pasal ni... along suh try cari lam google.... sebab banyak kes tipu... saya pom apa lagi , cari laaa... rupanya betul , den terkono haaa... kono kencing lak dahhh... ramai yang kena tipu... ada yang siap bankin lagi duit kat dye orang... pasal dia orang bagi alasan , barang sangkut kat kastam sebab terlebih berat , so kalau kita nak barang tu.. kena bankin duit at dye orang.. pailang betul mat saleh nim...
So sapa2 yang ada frenz dengan mat saleh , tolng alert ye kalau dia orang cakap nak bagi hadiah free ni... jangan percaya.. tipu sume tuu ,dia orang juz nak kebas duit kita jekk... cerita ni x abis kat sini jekk , den bengang dengan mat saleh ni... so mai laaa akalan nak kenakan mat saleh ni . saya hantar chat at dia tanya pasal barang tuu.. saya cakap laaa , barang tuu nanti da sampai terus saya akan suruh mak saya ambik , sebab mak kije kastam haaa , ayah lak kije polis.. terus mat saleh tu menghilangkan diri... hahahahahahaha , ambik ko , kan mendapat.. puas hati den :)
Tuesday, September 23, 2014
Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.